awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas motosikal terbabas dalam longkang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/01/2021
12:57 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas motosikal terbabas dalam longkang
Bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.39 malam dan melancarkan operasi SAR dengan segera. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH:Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus apabila motosikalnya terbabas ke dalam longkang di Lebuh Persiaran Klebang 11, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Azmi Osman, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 7.39 malam dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikenali sebagai Ahmad Amin Ismail, 58.
"Longkang berkenaan berkedalaman kira-kira tiga meter dan ketika kejadian, paras air adalah tinggi ekoran hujan lebat di daerah Kinta khususnya kawasan Tasek.
"Pihak bomba terdiri daripada 12 anggota serta pegawai daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh serta Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM Kuala Lumpur masih berusaha mengesan mangsa dengan pencarian hari ini ditumpukan di dua lokasi perangkap sampah sepanjang longkang tersebut, terletak kira-kira lima kilometer (km) dari lokasinya dilaporkan hilang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Selain itu, Azmi berkata pihaknya turut menjalankan operasi SAR di kawasan tebing Sungai Klebang yang dipenuhi rumpai dan pokok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, motosikal mangsa ditemui di tempat kejadian.
"Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan turut berada di tempat kejadian manakala operasi SAR melibatkan 52 anggota daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta Unit Amal," katanya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Ipoh
#bomba
#hilang
#mangsa
#operasi
#polis
#lelaki
#keluarga
#Malaysia
#JBPM
#kemalangan
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan