Ringkasan AI
- Amazon dan Google dijangka menguasai sekitar 28 peratus pegangan saham gabungan dalam syarikat AI, Anthropic, selepas penyenaraian awam permulaan (IPO).
- Amazon dianggarkan memiliki hampir 15 peratus saham, manakala Google dijangka memegang sekitar 14 peratus ekuiti dalam Anthropic.
- Penyenaraian awam Anthropic dijangka meningkatkan nilai pasaran syarikat itu sehingga AS$1.4 trilion, menarik perhatian pelabur institusi dan runcit.
SAN FRANCISCO: Dua gergasi teknologi global, Amazon dan Google dilaporkan bakal menguasai pegangan saham gabungan sekitar 28 peratus dalam syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic, selepas penyenaraian awam permulaan (IPO) syarikat itu dimuktamadkan kelak, lapor Amanz.
Sebagai pelabur strategik awal yang menyuntik dana berbilion dolar ke dalam pembangun model AI Claude itu, kedua-dua syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) berkenaan dijangka meraih pulangan besar hasil penyenaraian tersebut.
Memetik laporan Bloomberg, pegangan saham Amazon dalam Anthropic selepas penyenaraian awam itu dianggarkan mencecah hampir 15 peratus.
Sementara itu, Google dijangka memiliki pegangan ekuiti hampir 14 peratus dalam firma AI berkenaan.
Saham Anthropic dilapor bakal mula didagangkan di pasaran terbuka seawal minggu ini, sekali gus menjadi ujian awal terhadap penerimaan pelabur institusi dan runcit bagi syarikat yang memfokuskan sepenuhnya kepada pembangunan model AI asas.
Menerusi langkah penyenaraian bersejarah itu, nilai pasaran Anthropic diunjur mencecah sehingga AS$1.4 trilion (kira-kira RM5.73 trilion).