awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh dari bot ketika menjala ikan

Aida Aziz
Aida Aziz
18/09/2020
16:30 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas, terjatuh dari bot ketika menjala ikan
Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan. - Foto ihsan JBPM Perak
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot nelayan ketika menjala ikan di muara laut berhampiran Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar dekat sini pada Jumaat.
Menurut laporan awal dari jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mangsa dikenali sebagai Azrin Hamidun berusia dalam lingkungan 30 tahun.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.28 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi.
"Maklumat daripada saksi menyatakan terdapat seorang mangsa lelaki terjatuh dari bot nelayan ketika menjala," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya lagi, jarak mangsa dipercayai jatuh dari tebing dianggarkan sejauh 1 kilometer.
Tambahnya, sehingga kini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#Ayer Tawar
#Azrin Hamidun
#bot nelayan
#dikhuatiri lemas
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#jatuh bot
#JBPM
#Kampung Telaga Nenas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan