Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara 36 bulan terhadap seorang lelaki kerana menggalakkan keanggotaan dan memiliki bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas.
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman penjara 24 bulan terhadap Mohamad Azmin Shah Sharifudin, 22, bagi pertuduhan menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas dan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan memiliki bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas.
Beliau memerintahkan hukuman terhadap lelaki yang bekerja sendiri itu berjalan serentak mulai tarikh dia ditangkap pada 24 Mac lepas, yang bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun.
Semasa menyampaikan penghakimannya, beliau berkata perbuatan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kumpulan pengganas adalah suatu kesalahan serius yang perlu dielakkan.
"Kamu menggalakkan rakan-rakan kamu menyertai pengganas. Sepatutnya, jika kamu ingin berjihad dan mendapat pahala, buatlah perkara yang memberi manfaat kepada kamu.
"Gunakanlah landasan agama yang benar. Buat baik kepada keluarga terutama ibu bapa pun memberi manfaat kepada kamu," katanya sambil menjelaskan mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman itu.
Mohamad Azmin Shah didakwa menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas Daesh mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan di Kampung Tersusun Salak Baru, Sungai Siput, Perak, di antara 1 Jun 2015 dan 30 Jun 2015.
Tertuduh juga didakwa memiliki telefon bimbit yang mengandungi bahan iaitu 12 imej dan gambar yang berunsurkan perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas berkenaan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di alamat PT646, Kampung Tersusun Salak Baru, Sungai Siput, Perak pada 6.55 pagi, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas terhadap tiga individu dan 12 imej gambar yang diperoleh daripada telefon bimbitnya disahkan pakar pengkaji kumpulan pengganas sebagai berkaitan dengan kumpulan Daish.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan itu serius selain memberi pengajaran kepada orang awam.
Peguam Rosli Ismail, yang mewakili Mohamad Azmin Shah, merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh merupakan pesalah muda dan hukuman berat akan mensia-siakan masa depannya kerana tertuduh memiliki sijil kemahiran daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Selain itu, tertuduh turut menyesal dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama, katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016

Mohamad Azmin Shah Sharifudin menghadapi tiga tuduhan termasuk memiliki bahan yang mempunyai kaitan dengan pengganas dan merekrut seorang lelaki lain. - Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Iraq umum ketua Daesh dibunuh
Katanya, gabenor yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan itu dan lapan yang lain maut dalam operasi antikeganasan di Pergunungan Hamrin.

Pekerja kilang didakwa miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas dua pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.

Pekerja restoran didakwa sokong, mengaku ahli kumpulan Daesh
Seorang pekerja restoran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan berkaitan kumpulan Daesh, iaitu memberi sokongan, memiliki artikel dan video, dan mengaku menjadi ahli.

Tiga termasuk suami isteri didakwa sokong, miliki bahan pengganas IS
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.

Syria gempur kedudukan Daesh dengan sokongan Rusia
Tentera Syria dan kumpulan pengganas Daesh sekali lagi bertempur dalam serangan paling hebat dilaporkan di tengah Syria, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Daesh mengaku tanggungjawab letupan di Filipina
Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom tersebut.

3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.

Empat terbunuh dalam serangan di masjid di Iran
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh selepas dua lelaki bersenjata menyerang masjid Shah Cheragh di Shiraz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Iran pada Ahad.