awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipercayai bunuh diri, bakar arang dalam kereta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/01/2019
10:40 MYT
Lelaki dipercayai bunuh diri, bakar arang dalam kereta
Anggota paramedik dan juga anggota bomba memeriksa jasad mangsa yang dipercayai membunuh diri dengan membakar arang di dalam keretanya yang terkunci. - JBPM
Seorang lelaki berusia 31 tahun dijumpai mati di dalam sebuah kereta jenis di Jalan PJU 1/39, Dataran Prima, Petaling Jaya, Selangor pada petang Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, lelaki berkenaan ditemui orang awam pada pukul 6.16 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kereta itu dikunci.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan terbaring di tempat duduk pemandu yang telah dibaringkan dan kematiannya disahkan oleh paramedik dari ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
"Pemeriksaan rambang terhadap mayat mendapati tiada kesan atau bekas yang boleh menjurus ke arah jenayah dan telah menjumpai satu bekas disyaki berisi arang yang dibakar digunakan untuk membunuh diri dijumpai di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#bakar arang
#bunuh diri
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan