awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman pecah masuk rumah pegawai polis

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/07/2020
07:54 MYT
Lelaki direman pecah masuk rumah pegawai polis
Suspek yang berusia 30 tahun ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, malam tadi. - Gambar Astro AWANI
Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes memecah masuk dan mencuri barang rumah pegawai polis di Taman Puyu, Jalan Suka Menanti, Alor Setar.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Jamaluddin Elias, ke atas suspek bagi polis melengkapkan siasatan.
Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, suspek berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, malam tadi.
Serbuan dilakukan puul 7.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan polis di sebuah rumah pangsa di Bandaraya Alor Setar.
Hasil tangkapan, polis berjaya merampas 11 utas jam tangan tangan berjenama dan sebuah tabung mengandungi duit syiling.
Bagaimanapun, kata beliau, seutas gelang emas milik isteri mangsa belum ditemui.
Penangkapan suspek bersangkutan kejadian pecah rumah seorang pegawai kanan polis, pada Sabtu lalu.
Selain itu, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis methapetamine selain mempunyai satu rekod jenayah berkaitan kes narkotik.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Jalan Suka Menanti
#lelaki direman
#pecah rumah
#rumah pegawai polis
#Taman Puyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan