awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut langgar tapir di LPT2
KBS tunggu laporan terperinci sebelum keluar kenyataan berkaitan isu FAM
Kemampuan pelaburan ASEAN bergantung kepada ekosistem rantaian bekalan bersepadu - ASCC

Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa

Bernama
Bernama
24/01/2026
09:56 MYT
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian bapa
Suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau namun negatif terhadap dadah, katanya kini direman hingga 30 Jan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Helah seorang lelaki yang membawa bapanya dalam keadaan separa sedar ke hospital dengan mendakwa terjatuh, terbongkar selepas pemeriksaan perubatan mendapati kecederaan warga emas berusia 76 tahun itu berpunca daripada objek tumpul.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad berkata dalam kejadian Isnin lepas, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa ayahnya terjatuh beberapa kali di rumah mereka di Seri Kembangan sebelum menghantarnya ke Jabatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kira-kira 3 petang.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal mendapati corak lebam pada badan mangsa tidak teratur dan disyaki akibat kecederaan oleh objek tumpul sebelum pegawai perubatan yang bertugas kemudian membuat laporan polis.
"Bertindak atas maklumat pada 9.30 malam hari sama, sepasukan polis telah membuat tangkapan terhadap lelaki berkenaan di lobi HCTM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada peringkat awal kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, namun diubah kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan apabila warga emas berkenaan meninggal dunia pada Khamis akibat kecederaan di kepala berpunca daripada objek tumpul.
Suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau namun negatif terhadap dadah, katanya kini direman hingga 30 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kematian bapa
#Jabatan Kecemasan
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.