awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup

Bernama
Bernama
05/04/2023
08:34 MYT
Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya semalam. -Bernama
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.
"Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok tidak bercukai dan hasil tangkapan kita menemui 18 kotak rokok jenama John JDB, dua kotak Canyon Premium Merah dan sekotak Manchester Merah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata turut dirampas sebuah motosikal dan kereta Proton Saga dengan keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah RM108,000.
Bagaimanapun, Mohd Sohaimi berkata pihaknya masih menyiasat bagi mengetahui peranan lelaki itu dan dari mana rokok seludup terbabit diperoleh.
Menurutnya lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, direman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#21 kotak rokok
#Akta Kastam 1967
#rokok tidak bercukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan