awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kes khianat api rumah MP Beruas dibebas dengan jaminan polis

Bernama
Bernama
16/01/2024
17:00 MYT
Lelaki ditahan kes khianat api rumah MP Beruas dibebas dengan jaminan polis
Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan malam pada malam Selasa berkata lelaki itu juga akan menjadi saksi sekiranya diperlukan. - Gambar FB Polis Daerah Manjung
IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, 10 Jan lepas dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam satu kenyataan malam pada malam Selasa berkata lelaki itu juga akan menjadi saksi sekiranya diperlukan.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Yang Arif Pengarah Pendakwaan Negeri Perak dan arahannya tangkapan (B1) (suspek) dibebaskan dengan jaminan polis serta menjadi saksi sekiranya diperlukan dalam siasatan (kes khianat api)," katanya.
Mohamed Nordin berkata lelaki itu akan dibebaskan pada Rabu.
Dalam pada itu pihak polis memohon orang ramai yangmempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran tersebut menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.
Terdahulu, lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam pada 12 Jan lepas, ditahan reman sehingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api kerana disyaki melontar kediaman Ngeh dengan molotov cocktail.
Pagi tadi, Mahkamah Majistret Seri Manjung membenarkan tempoh reman suspek disambung sehari lagi sehingga Rabu.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman suspek
#molotov cocktail
#menjadi saksi
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan