KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengambil video tidak sopan ketika persembahan artis wanita dalam acara di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil, Cheras pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan ke atas suspek dijalankan susulan pihaknya menerima tiga laporan susulan kejadian berkenaan.
"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika mangsa dimaklumkan orang awam berkaitan suspek yang bertindak merakam video tidak sopan dari bawah pentas.
"Suspek kemudiannya berjaya diberkas rakan mangsa serta beberapa individu lain di dalam pasar raya di pusat beli -belah berkenaan selepas kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, susulan kejadian, suspek yang merupakan lelaki tempatan berumur 33 tahun itu ditahan anggota Pencegahan Jenayah Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
"Suspek ditahan kira-kira jam 11.15 malam untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.
"Suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut berhubung kejadian," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Pada Sabtu, tular video memaparkan orang awam menangkap seorang lelaki yang dipercayai merakam secara tidak sopan ketika persembahan diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 20 2024
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki ditahan setelah dipercayai merakam video tidak sopan ketika persembahan dalam satu acara di sebuah pusat beli-belah pada Jumaat. - Sinar Harian
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Lelaki ditahan rakam video artis buat persembahan dari bawah pentas
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengambil video tidak sopan ketika persembahan artis wanita dalam acara di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil, Cheras pada Jumaat.