awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan ugut dua anak dengan parang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2022
22:15 MYT
Lelaki ditahan ugut dua anak dengan parang
Suspek menjerit nama kedua-dua anaknya itu sambil mengugut untuk menetak mereka jika tidak pulang ke rumah dalam masa sejam. - Gambar hiasan
PASIR SALAK: Seorang buruh ditahan polis selepas mengugut dua anaknya dengan parang dalam kejadian di Sungai Kerang, Teluk Intan di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 11.20 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun telah pergi ke rumah keluarga bekas isterinya untuk mengajak dua anaknya pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, suspek yang memegang parang memanggil anaknya iaitu lelaki berusia 14 tahun dan perempuan berusia 16 tahun.
"Suspek menjerit nama kedua-dua anaknya itu sambil mengugut untuk menetak mereka jika tidak pulang ke rumah dalam masa sejam.
"Dua beradik itu bagaimanapun tidak berani keluar kerana bimbang ayah mereka akan bertindak lebih agresif.
"Suspek juga bertindak membaling sebatang kayu ke dalam rumah menerusi tingkap yang terbuka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Menurut beliau, suspek kemudiannya beredar dengan menaiki sebuah kereta setelah perbuatannya itu ditegur oleh jiran-jiran.
"Kita telah menerima satu laporan dan siasatan mendapati kedua-dua beradik itu telah bermalam di rumah itu sejak Jumaat lalu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Teluk Intan
#ugut anak dengan parang
#Sungai Kerang
#Barudin Wariso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan