KLUANG: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, dekat sini, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat Shahrizan Jum, 34, ditemui selepas kerja-kerja memadamkan kebakaran pada jam 1 pagi.
"Abang iparnya memaklumkan mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 malam Sabtu, namun tidak memaklumkan arah tujuannya.
"Waris memaklumkan mangsa tidak bekerja dan hanya menjaga kedua ibu dan bapa yang telah uzur berumur lingkungan 66 tahun selain tidak ada membuat apa-apa pinjaman wang dan tiada permusuhan dengan mana-mana pihak.
"Pemeriksaan juga mendapati si mati berseorangan dalam kereta dan berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Bahrin lagi, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ahmad Syawal Azwan berkata, selepas mendapat panggilan kecemasan mengenai insiden itu, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, ketika sampai ke tempat kejadian, didapati terdapat kereta yang terbakar sebanyak 95 peratus.
"Pemadaman menggunakan satu aliran salur dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta.
"Mayat diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 07 2024
Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kereta Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong berhampiran Simpang Tiga Felda Ulu Belitong, dekat sini, awal pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Lelaki ditemukan rentung dalam kereta
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mayat Shahrizan Jum, 34, ditemui selepas kerja-kerja