awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang di Lata Hammer ditemukan lemas

Bernama
Bernama
20/02/2024
08:06 MYT
Lelaki hilang di Lata Hammer ditemukan lemas
Muhamad Hafiz yang hilang di air terjun Lata Hammer (foto) sejak Ahad lepas ditemukan lemas hari ini. -Gambar fail/Sinar Harian
KUANTAN: Penuntut institusi pengajian tinggi awam yang hilang di air terjun Lata Hammer, Bentong dekat sini sejak Ahad lepas, ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mayat Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, ditemukan pada 11.50 pagi.
"Mayat ditemukan terapung kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dikatakan hilang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini, turut dibantu dua anjing pengesan.
Polis sebelum ini mengesahkan Muhamad Hafiz ke air terjun yang terletak di Jalan Lama Bentong-Gombak itu pada 12.30 tengah hari Ahad untuk beriadah bersama tujuh rakan.
Mangsa yang beralamat di Janda Baik, Bentong dikatakan hilang semasa keadaan di air terjun kelam-kabut disebabkan dua wanita hampir lemas, namun kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh orang awam di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penuntut institusi pengajian tinggi awam
#Air Terjun Lata Hammer
#Muhamad Hafiz Khairul Azmi
#ditemukan lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan