awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang di rumah pam ditemukan lemas

Bernama
Bernama
26/01/2024
22:45 MYT
Lelaki hilang di rumah pam ditemukan lemas
Mangsa, Mohd Rohaizan Abdullah, ditemukan kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai. - Foto JBPM Pahang
KUANTAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Maran ditemukan lemas pada 7.05 petang semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, ditemukan kira-kira 700 meter dari lokasi motosikalnya dijumpai.
Mangsa yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi Khamis, sebelum motosikalnya ditemukan di rumah pam itu tengah hari semalam.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Zulfadli berkata pihaknya dimaklumkan seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Emas, Sungai Lembing di sini pada 3.50 petang semalam.
Bagaimanapun identiti mangsa masih tidak dikenal pasti dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) telah diaktifkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah pam
#lemas
#Sungai Jempol
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan