awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang ketika memancing di Sungai Semantan ditemui lemas

Azee Shafy
Azee Shafy
04/08/2022
05:16 MYT
Lelaki hilang ketika memancing di Sungai Semantan ditemui lemas
Seramai 55 anggota JBPM, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela serta orang awam turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak semalam. - Foto JBPM Pahang
TEMERLOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh semasa memancing di Sungai Semantan berdekatan Loji Air Semantan, Lanchang, di sini, Selasa lalu, ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Amiruddin Asyraf Mat Saman, 26 tahun, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit K9 pada 10.28 pagi ini.
Menurutnya, seramai 55 anggota JBPM, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela serta orang awam turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini.
"Kita menemui mangsa kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
"Mayat dibawa keluar dari sungai terbabit untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
BACA: Operasi SAR kesan kakitangan TNB dikhuatiri lemas ketika memancing diperluas
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
Dalam kejadian Selasa lalu, mangsa bersama seorang lagi rakan terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti memancing di lokasi tersebut.
Pasukan bomba menerima maklumat jam 6.22 petang mengenai kejadian itu.
Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka, Yuhanif Abd Mushalleh, 32 tahun, berjaya diselamatkan komander operasi.
Foto JBPM Pahang
Foto JBPM Pahang
Topic Berkaitan
#memancing di Sungai Semantan
#lemas
#JBPM Pahang
#Loji Air Semantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan