awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang sejak Sabtu ditemukan selamat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/05/2024
11:00 MYT
Lelaki hilang sejak Sabtu ditemukan selamat
Mangsa dijumpai nelayan kira-kira jam 2 petang Rabu di kawasan paya bakau di sebuah jeti berhampiran SMK Batu Kawan. -Astro AWANI
BATU KAWAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini, sejak lima hari lalu ditemukan selamat petang tadi.
Mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, dijumpai nelayan kira-kira jam 2 petang Rabu di kawasan paya bakau di sebuah jeti berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim, berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan lemah dan keletihan.
"Mangsa telah ditemui pada jam 2 petang tadi oleh nelayan tempatan. Saya telah pergi ke jeti dan mendapati mangsa berada dalam keadaan sihat namun keletihan.
“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya luka serta calar sedikit pada bahagian tangan.
Katanya, petugas yang berada di lokasi kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum dia dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk pemeriksaan lanjut.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Ahad lalu dengan bantuan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan sejurus penemuan mangsa.
Sementara itu, Boo Khim menjelaskan, abang mangsa turut memaklumkan yang mangsa sudah biasa mendaki bukit berkenaan.
Bukit tersebut dikatakan sering menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging pada sebelah petang terutama ketika hujung minggu.
Terdahulu, mangsa yang keluar dari rumahnya di Taman Mutiara, dilaporkan hilang ketika berjoging dan mendaki di bukit berkenaan kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.
Kehilangan mangsa disedari abangnya pada jam 11.59 malam Sabtu sebelum membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#JBPM
#Bukit Hill Top Batu Kawan
#lelaki hilang ditemui selamat
#Muhammad Azfar Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan