Skip to main content

Malaysia

Lelaki hilang selepas bot terbalik di Sungai Galas

Operasi yang dijalankan meliputi kawasan melebihi 10km di sepanjang Sungai Galas serta turut menyusuri sungai dari Limau Kasturi hingga ke Kampung Batu 6.
Operasi yang dijalankan meliputi kawasan melebihi 10km di sepanjang Sungai Galas serta turut menyusuri sungai dari Limau Kasturi hingga ke Kampung Batu 6.
Advertisement

GUA MUSANG: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.16 petang. 

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati bot dalam keadaan terbalik, namun mangsa Mohd Ilham Che Mat Satar, 27, tidak ditemukan,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Advertisement

Beliau berkata komander operasi melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas menerima taklimat daripada polis selain mendapatkan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Muhammad Azrul Izzham berkata operasi meliputi kawasan melebihi 10 kilometer di sepanjang Sungai Galas serta turut menyusuri sungai dari Limau Kasturi hingga ke Kampung Batu 6.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo mengesahkan kejadian tersebut dan setakat ini mangsa belum ditemukan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement