awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai

Bernama
Bernama
13/01/2025
14:04 MYT
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini. - Foto BERNAMA
SIBU: Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata kejadian berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari semasa Mohamad Hamizan Reduan dalam perjalanan pulang ke rumahnya, apabila dia hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai.
Satu pasukan melibatkan 11 anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan dua bot penyelamat untuk mengesan lelaki itu.
Sementara itu dua pusat perpindahan sementara telah dibuka di Kanowit hari ini berikutan kejadian banjir, dengan 40 orang berlindung di pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#JBPM
#lemas
#pusat gerakan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan