awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kahwin dua didakwa cederakan isteri pertama

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2018
05:25 MYT
Lelaki kahwin dua didakwa cederakan isteri pertama
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah berkenaan dikurangkan memandangkan dia perlu menanggung dua isteri serta 11 orang anak. - Gambar hiasan
Padah mencederakan isteri pertama, seorang bapa 11 anak, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Mohd Jaafar Abdul Halim, 50 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang mempunyai dua isteri didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isteri pertamanya berusia 54 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Bertam, Bertam Ulu, Melaka sekitar 4 petang 11 Julai 2017 lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah berkenaan dikurangkan memandangkan dia perlu menanggung dua isteri serta 11 orang anak.
Norina pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#cederakan isteri
#dua isteri
#kahwin dua
#keganasan domestik
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan