awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya

Bernama
Bernama
18/02/2025
14:15 MYT
Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini. - BERNAMA
BINTULU: Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemukan mayat mangsa, David Gira, 49, pada pukul 2.32 petang.
Beliau berkata mayat mangsa ditemukan kira-kira 1.8 kilometer dari lokasi kejadian, ke arah hilir sungai dari tempat mangsa meletakkan motosikalnya.
"Mangsa dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti menjala ikan di tebing Sungai Nyigu kerana terdapat kesan gigitan pada badannya," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Menurutnya, pengecaman serta pengesahan mayat telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pada pukul 5.30 petang semalam, mangsa telah keluar menjala ikan di sungai berhampiran rumah pekerja di Borneo Shipping Timber Agencies Sdn Bhd. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga isterinya membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang lelaki warganegara Indonesia maut apabila lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di hadapan kilang Daiken, Kidurong pada pukul 4.30 petang ini.
Menurut jurucakap PGO, mangsa, Muhamad Arif, 50, tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamat sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menjala ikan
#lemas
#dibaham buaya
#Sungai Nyigu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan