awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2023
07:31 MYT
Lelaki kudung tangan kiri berjalan kaki ke Mekah
Herry Nizam mengemas kini misi perjalanannya dari Bidor ke Mekah menerusi akaun TikTok. - Foto ihsan pembaca Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki bertekad memulakan perjalanan secara solo dengan berjalan kaki sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, Isnin lalu.
Kisah Herry Nizam menerusi akaun TikToknya, @herrynizam4 itu mula mendapat perhatian warganet yang turut memberi sokongan terhadap misi perjalanannya ke Tanah Suci itu.
Menerusi video yang dimuat naik, lelaki yang kudung tangan kiri itu memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai Jalur Gemilang.
Berdasarkan hantaran itu, dia memaklumkan akan merentas 12 negara bermula dengan Thailand ke Arab Saudi.
Difahamkan pemuda itu telah berada di Sadao, Thailand, Khamis lalu.
"Assalamualaikum semua sahabat yang saya kasihi, sekarang dah sampai dekat Sadao Thailand, lusa (Sabtu) baru jalan semula ke Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, UAE dan Arab Saudi.
"Doa kalian jambatan buat saya ke rumah Allah SWT," kongsinya di TikTok.
Berdasarkan peta perjalanan di aplikasi Google Map, dia dijangka menempuh perjalanan berjalan kaki sejauh lebih 10,160km untuk tiba ke Mekah.
Berdasarkan peta itu, dia memerlukan masa selama 84 hari dan 10 jam bagi melengkapkan perjalanan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, misi sama pernah dijalankan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mekah
#jalan kaki
#Herry Nizam
#Bidor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan