TELUK INTAN: Pembantu kedai makan yang menyebabkan kematian tiga lelaki warga Pakistan pada pagi satu Syawal lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas tuduhan mengambil dadah.
Tertuduh, Mohd. Azizol Abdul Rasheed, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret T. Ashvinii.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa memasukkan dadah jenis Tetrahydro-Cannabinol (THC) ke dalam badannya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada pukul 7.45 petang, 10 April 2024.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan hendaklah dikenakan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih lima tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R Rishan Kumar, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Faustina Francis.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai berdekatan setiap dua minggu sekali.
Mahkamah turut menetapkan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.
Media sebelum ini melaporkan, tiga lelaki warga Pakistan yang berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor.
Dalam kejadian sekitar pukul 8.10 pagi itu, kesemua mangsa berusia 20 hingga 35 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan, lalu merempuh kesemua enam mangsa.
Semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah.
Saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek berusia 36 itu mendapatinya positif dadah jenis THC (ganja).
Abd Razak Mohd Ali
Fri Apr 12 2024
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat. - Astro AWANI
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.