awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas

Bernama
Bernama
28/07/2024
14:08 MYT
Lelaki lari dari serbuan polis ditemukan lemas
Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian berhampiran Batu 6, Bersia dekat Gerik pada 25 Julai lepas. - Foto hiasan
IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjun ke sungai ketika melarikan diri daripada polis yang melakukan serbuan di kebun durian berhampiran Batu 6, Bersia dekat Gerik pada 25 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat terapung pada 5.40 petang semalam daripada orang awam di Sungai Perak berhampiran Kampung Jagor, Gerik.
Beliau berkata siasatan mendapati insiden berlaku ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik menjalankan Op Tapis di kawasan terbabit.
"Suspek yang berada di lokasi kejadian bertindak melarikan diri ke arah sungai dan keberadaannya gagal dikesan selepas itu... pihak polis meneruskan operasi dan cuba mengesan mangsa sehinggalah ditemukan oleh orang awam di Kampung Jagor," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifli berkata mayat mangsa berjaya dibawa naik ke jeti di Kampung Jagor pada 7.40 malam dengan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik.
Beliau berkata punca kematian tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat telah reput namun pemeriksaan mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa.
"Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki
#lari dari serbuan polis
#ditemukan lemas
#Polis Daerah Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan