awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati dibunuh, dibakar

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2023
11:54 MYT
Lelaki mati dibunuh, dibakar
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat dalam keadaan terbaring dengan kesan rentung keseluruhan badan.- Gambar hiasan
GERIK: Mayat seorang lelaki ditemui rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada Jumaat.
Keadaan mangsa warga Bangladesh itu disedari orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada jam 11.35 malam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mayat dalam keadaan terbaring dengan kesan rentung keseluruhan badan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk mengetahui punca kematian.
"Hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, usaha mengesan suspek terlibat sedang dilakukan termasuk motif sebenar kejadian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Asisten Superintenden Ridzuan Ab Aziz di talian 019-9533358 bagi membantu siasatan," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lelaki mati dibunuh
#Gerik
#lelaki dibakar
#warga Bangladesh
#kebun pisang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan