awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati lemas jatuh dalam parit ketika tangkap ikan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/10/2021
02:11 MYT
Lelaki mati lemas jatuh dalam parit ketika tangkap ikan
Jasad mangsa diangkat ke tebing sungai oleh anggota bomba menggunakan bot penyelamat. - Foto JBPM Kedah
ALOR SETAR: Mohd Nazri Musa, 51 tahun, yang dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar, di sini semalam, ditemui lemas hari ini.
Jasad mangsa ditemui jam 7.07 pagi dalam keadaan terapung pada jarak 17 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan.
Perkara itu disahkan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain.
Katanya, jasad mangsa diangkat ke tebing sungai oleh anggota bomba menggunakan bot penyelamat.
"Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis jam 7.57 pagi untuk tindakan lanjut.
"Pusat Kawalan Bomba (PKB) Alor Rela ditutup dan operasi tamat sepenuhnya jam 8 pagi hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Ingin makan kari ikan, lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis jam 7.57 pagi untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Kedah
Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis jam 7.57 pagi untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Kedah
Dalam kejadian semalam, Mohd Nazri bersama beberapa rakannya dipercayai pergi ke kawasan itu untuk menangkap ikan selepas keluar dari rumahnya jam 10 pagi.
Bagaimanapun, ketika dia dikatakan sedang membuat tangkul ikan, rakannya yang lain beredar dari situ.
Dia disedari terjatuh ke dalam parit berhampiran sungai itu petang semalam selepas didapati motosikal serta dokumen peribadinya masih ada di situ, namun mangsa tiada.
Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi untuk melakukan pencarian sehingga mangsa ditemui pagi ini.
Topic Berkaitan
#jatuh dalam parit
#mati lemas
#JBPM Kedah
#Mohamadul Ehsan Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan