awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, 13 cedera tiga kenderaan bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
02/06/2025
02:00 MYT
Lelaki maut, 13 cedera tiga kenderaan bertembung
Seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Machang-Pasir Puteh, Kampung Banggol Judah di Machang pada Ahad malam. - Foto JBPM
MACHANG: Seorang lelaki maut manakala 13 lagi penumpang cedera selepas tiga kenderaan dipercayai bertembung dalam kejadian di Jalan Machang-Pasir Puteh, Kampung Banggol Judah di sini pada Ahad malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, mangsa, Zulkifli Salleh, 54, maut di lokasi kejadian.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suhaimi Razali berkata, mangsa yang maut menaiki kereta Proton Waja bersama empat lagi wanita dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
"Kemalangan terbabit melibatkan tiga buah kenderaan iaitu pikap jenis Chevrolet, Perodua Kancil dan Proton Waja yang datang dari arah bertentangan.
"Lelaki yang maut dipercayai akibat tersepit dimana kami telah membuat 'size-up' untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, lima mangsa iaitu dua perempuan dan tiga lelaki daripada trak pikap telah mengalami kecederaan.
Ujarnya, turut mengalami kecederaan ialah pemandu serta penumpang Perodua Kancil iaitu seorang lelaki serta dua kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun.
Mohd Suhaimi memberitahu, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#bertembung
#Jalan Machang-Pasir Puteh
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami