GURUN: Seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
Katanya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata pisau tumpul dan sehingga kini polis masih mencari senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.
“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.
"Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan maut dilanggar lori,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.
Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021
Jasad mangsa yang dibunuh anaknya sendiri selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, awal pagi Rabu. -Astro AWANI
WEF: Where will semiconductors land?
Semiconductors are an essential component in the digital age, powering everything from toys and cars, to banking and defense systems. While 90% of today’s chip manufacturing is based in Asia, new industrial policies and export restrictions are attempting to reshape the geographic balance of these supply chains. As new players enter the game, where will the future of semiconductors lead?
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Souness syak corak perjanjian yang MU gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Ronaldo turut dilakukan terhadap Salah.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Asyraf Roslan
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
- Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
- Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025
- CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia hari ini
#AWANInews #AWANIPagi
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.