awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/05/2024
00:30 MYT
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Abang Zainal Abidin Abang Ahmad. - Gambar fail BERNAMA
IPOH: Polis Daerah Ipoh akan melaksanakan penutupan dan pelencongan jalan sekitar Tambun bagi memberi laluan kepada raptai dan perarakan perbarisan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari mulai hari ini hingga Sabtu.
Jalan-jalan yang terlibat ialah laluan utama Dataran Sunway (pengaktifan laluan dua hala Jalan Tambun - Tanjung Rambutan) dan laluan alternatif ke Banjaran dan Sunway Onsen.
“Jalan-jalan alternatif yang boleh boleh digunakan oleh pengguna jalan raya semasa penutupan dan lencongan itu ialah Jalan Perpaduan dan Jalan Bercham,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan itu dilaksanakan.
Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 4 Mei ini.
Topic Berkaitan
#jalan tutup
#Ipoh
#Abang Zainal Abidin Abang Ahmad
#Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan