KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul dengan kayu selepas terserempak dengan suspek yang disyaki sedang mencuri kabel elektrik dalam kejadian di kawasan lapang di Kingfisher, pada malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kira-kira jam 12 tengah malam, mangsa yang berusia 50 tahun ditemui oleh rakannya dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah.
"Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar dari rumah pada jam 10.30 malam untuk memeriksa fius elektrik selepas bekalan elektrik di rumah kongsi terputus.
"Sejam selepas itu, rakan mangsa bersama anaknya ke lokasi kejadian susulan masalah bekalan elektrik yang terputus belum elok.
"Bagaimanapun mereka kemudian terdengar anjing menyalak lalu memeriksa kawasan tersebut sebelum menemui kelibat seseorang dalam keadaan tertiarap dan terdapat tompokan darah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.
Kata Mohd Zaidi, lelaki berkenaan kemudian terus menghubungi telefon bimbit mangsa dan terkejut kerana bunyi deringan telefon bimbit itu bersebelahan dengan lelaki yang dilihatnya.
"Menyedari mangsa adalah rakannya, lelaki tersebut segera menghubungi polis. Siasatan lanjut di lokasi dengan bantuan pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati mangsa cedera dan ada kesan bengkak pada mata dan remuk pada dahi disyaki dipukul menggunakan objek keras.
"Polis turut menemui sebatang kayu disyaki digunakan suspek untuk menyerang mangsa dan siasatan lanjut dalam bilik fius tidak jauh dari mayat ditemui mendapati terdapat kabel elektrik dipotong disyaki dicuri suspek.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai sedang mencuri kabel di bilik fius berkenaan dan menyerang mangsa menggunakan kayu selepas menyedari kehadiran mangsa di bilik berkenaan sebelum melarikan diri," katanya.
Mohd Zaidi berkata, siasatan masih diteruskan dan usaha mengenal pasti suspek sedang giat dijalankan.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta supaya menghubungi polis untuk membantu siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 03 2022
Mangsa ditemui tertiarap dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul dalam kejadian di kawasan lapang di Kingfisher, Kota Kinabalu. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki maut disyaki dipukul pencuri kabel elektrik
Siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah pada jam 10.30 malam untuk memeriksa fius elektrik selepas bekalan elektrik di rumah kongsi terputus.