awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut disyaki ditikam

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2023
07:00 MYT
Lelaki maut disyaki ditikam
Mangsa yang maut dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dalam kejadian di Hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, di sini pada Rabu. -Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam menggunakan objek tajam dalam kejadian di hadapan Medan Selera Cina Pekan Lukut, di sini pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.35 malam daripada orang awam.
"Sejurus menerima maklumat tersebut pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan iaitu di kawasan parkir dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
"Lelaki itu bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Lukut yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, mayat lelaki berusia 38 itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk ujian COVID-19 dan proses bedah siasat bagi menentukan sebab kematian si mati.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis kini giat untuk mengesan suspek yang terlibat.
"Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh," katanya.
Justeru katanya, pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Medan Selera Cina Pekan Lukut
#mati ditikam
#Klinik Kesihatan Lukut
#terbaring di atas jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan