awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditembak semasa memandu di Sungai Buloh

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2021
12:34 MYT
Lelaki maut ditembak semasa memandu di Sungai Buloh
Mangsa dipercayai didatangi sekumpulan penjenayah menaiki motosikal dan kereta yang kemudian melepaskan tembakan. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut ditembak sekumpulan penjenayah berdekatan Ascort Hill Golf Course, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, hari ini.
Insiden dipercayai berlaku kira kira jam 1.45 petang ketika mangsa yang berusia 42 tahun sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima panggilan kecemasan kejadian itu daripada orang awam.
"Hasil siasatan awal, mangsa seorang lelaki tempatan didatangi sekumpulan penjenayah melebihi dua orang menaiki motosikal dan kereta.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa yang sedang memandu.
"Mangsa disahkan maut di Hospital Sungai Buloh kira-kira sejam kemudian selepas terkena tiga das tembakan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa memiliki lapan rekod jenayah.
Katanya, polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Topic Berkaitan
#maut ditembak
#kereta mewah
#Bukit Rahman Putra
#Sungai Buloh
#Shafa'aton Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan