awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak rakan serumah mabuk

Aida Aziz
Aida Aziz
30/03/2021
09:17 MYT
Lelaki maut ditetak rakan serumah mabuk
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, S Pushpaharan, 43, meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ Astro AWANI
TAPAH: Seorang lelaki tempatan ditemui maut akibat ditetak pada pipi kiri oleh rakan serumahnya yang dipercayai mabuk di rumah mereka di Kampung Banir, Batu 33, Jalan Temoh di sini, pada Selasa.
Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, S Pushpaharan, 43, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, tiga lelaki yang merupakan rakan serumah mangsa yang bekerja di bengkel memperbaiki kenderaan berhampiran kawasan itu ditahan susulan kejadian berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, kita telah menahan tiga orang suspek termasuk majikan. Hasil semakan rekod, suspek utama (salah seorang daripada tiga yang ditahan) mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes bunuh, khianat dan pecah rumah.
"Ketiga-tiga mereka dipercayai suka minum (arak) dan suka mabuk... ketika kejadian berlaku, mereka baru lepas minum dan punca kejadian dipercayai suspek utama mabuk dan kacau rakan-rakan lain," katanya di lokasi kejadian pada Selasa.
Wan Azharuddin berkata, khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dipanggil untuk mengesan senjata yang didakwa suspek dibuang di sungai berhampiran.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#maut
#ditetak
#rakan serumah
#Tapah
#suspek ditahan
#kes bunuh
#302 Kanun Keseksaan
#K9
#polis
#Wan Azharuddin Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan