Seorang lelaki maut ditikam adiknya sendiri dipercayai berpunca perselisihan faham dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Kulim, Tumpat, awal pagi Isnin.
Mangsa, Tan Seng Choon, 52 tahun, ditikam adik lelakinya berusia 50 tahun dengan sebilah pisau pada jam 12.30 malam.
Seng Choon yang cedera parah meninggal dunia ketika diberi rawatan di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata siasatan awal mendapati dua beradik itu bergelut sebelum Seng Choon ditikam dan cedera di dada dan perut.
Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke klinik, kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi.
Mayat Seng Choon dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Suspek yang dipercayai mengalami masalah mental sejak 2003 ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Muhafandi Muhamad
Mon May 08 2017
Mangsa, Tan Seng Choon, 52 tahun, ditikam adik lelakinya berusia 50 tahun dengan sebilah pisau pada jam 12.30 malam.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Sumbang mahram: Pelajar IPT mengaku tidak bersalah
Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya tiga tahun lalu.
Buruh binaan ditahan rogol adik kandung
Mangsa berusia 22 tahun mendakwa dalam kejadian pada Ogos 2018 telah dirogol abangnya kira-kira jam 1 pagi di kediaman mereka di Klang.
Suspek tetak adik kandung dengan parang panjang didakwa esok
Suspek yang bekerja di sebuah syarikat di Subang, Selangor, diberkas dalam serbuan di sebuah inap desa di Tanjung Karang, Selangor pada Isnin.
Rogol adik kandung, lelaki dihukum penjara dan tiga sebatan
Mahkamah Majistret Samarahan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 12 tahun serta tiga sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol adik kandungnya.
Abang perkosa tiga adik kandung direman 7 hari
Mahkamah Majistret Sungai Petani membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap remaja yang dipercayai merogol tiga adik kandungnya sendiri.
Lelaki maut ditikam adik sendiri
Seorang lelaki maut ditikam adiknya sendiri dipercayai berpunca perselisihan faham dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Kulim, Tumpat, awal pagi Isnin.