awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditikam, polis tahan tiga lelaki bantu siasatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/11/2021
13:36 MYT
Lelaki maut ditikam, polis tahan tiga lelaki bantu siasatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan untuk membantu siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai dibunuh, dengan kesan tikaman di dada. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan tiga lelaki tempatan untuk membantu siasatan kes seorang lelaki maut dipercayai dibunuh, dengan kesan tikaman di dada, di Taman Silibin, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pada masa sama, polis juga sedang mengesan seorang lagi lelaki tempatan, Alphonsus Sandanasamy, 40, bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kira-kira jam 4.15 pagi, pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun bahawa terdapat seorang lelaki tempatan yang dibawa rakannya ke hospital telah meninggal dunia akibat kecederaan.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital, mendapati punca kejadian si mati adalah daripada luka tikaman pada bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini, petang ini.
Sehubungan itu, kata beliau, kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihak polis sedang menyiasat punca kejadian itu dari pelbagai sudut.
Yahaya berkata, segala maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, ASP Norshaharah Marzuki di talian 017-4817800 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Ipoh di talian 05-2542222 atau email Ketua Polis Daerah Ipoh di [email protected].
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Taman Silibin
#Polis Daerah Ipoh
#Alphonsus Sandanasamy
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan