awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut jatuh pokok durian

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2024
12:31 MYT
Lelaki maut jatuh pokok durian
Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari pokok durian ketinggian 30 meter di Telosan, pada Rabu. - Foto JBPM (via Sinar Harian)
PASIR PUTEH: Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari pokok durian ketinggian 30 meter di Telosan, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Mohd Zainuri Hamzah, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.09 petang mengatakan seorang lelaki terjatuh ketika sedang mengambil petai di kebunnya.
"Seramai 11 anggota termasuk pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sejurus tiba, pihak kami mendapati mangsa telah terjatuh dari pokok durian dengan ketinggian 30 meter. Mangsa dikatakan memanjat pokok buah tersebut untuk mengambil petai di sebelahnya," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, bomba menggunakan pengusung untuk membawa keluar mangsa dari tempat kejadian dengan jarak dua kilometer (km).
Ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jatuh pokok
#pokok durian
#Mohd Zainuri Hamzah
#Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan