awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi kekal bagi tempoh 1 hingga 7 Jan 2026
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta bertembung lori

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2021
21:45 MYT
Lelaki maut kereta bertembung lori
Keadaan kereta mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 7 Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mokhtar berkata nahas tersebut berlaku pada jam 9.50 pagi.
"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki tersebut yang berumur 20 tahun memandu Toyota Vios dari arah Ulu Choh ingin menghala ke Gelang Patah.
"Setibanya di selekoh jalan tersebut, mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan lori dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun yang datang dari arah Gelang Patah secara bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dzulkhairi berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki maut kereta bertembung lori
Topic Berkaitan
#Gelang Patah-Ulu Choh
#langgar lori
#Dzulkhairi Mokhtar
#Toyota Vios
#cedera parah
#Hospital Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan