awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi

Sinar Harian
Sinar Harian
09/03/2025
01:30 MYT
Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Anggota bomba cuba menyelamatkan mangsa yang tersepit. - Foto BBP Kota Tinggi
KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Batu 17, Jalan Kota Tinggi-Mersing, malam Sabtu.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan 2, Saiful Afiz, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 10.18 malam.
Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer.
"Setibanya di lokasi pada jam 10.43 malam, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler yang membawa muatan besi dan sebuah kereta jenis Proton Saga.
"Pemandu kereta Proton Saga, seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, pemandu treler, seorang lelaki berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut," katanya.
Anggota bomba kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi menyelamat dikawal pada jam 11 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.42 malam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#treler
#tersepit
#BBP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan