awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ketika main bola keranjang

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2024
05:32 MYT
Lelaki maut ketika main bola keranjang
Mangsa berumur 41 tahun sebelum itu dipercayai rebah ketika sedang bermain bersama beberapa individu lain di sebuah kolej swasta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain bola keranjang dalam kejadian di sebuah kolej swasta dekat sini pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berumur 41 tahun meninggal dunia ketika bermain bola keranjang di sebuah kolej swasta dekat Cheras pada Rabu.
  • Mangsa rebah ketika bermain dan dibawa ke hospital, di mana dia disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.12 malam.
  • Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Mangsa berumur 41 tahun sebelum itu dipercayai rebah ketika sedang bermain bersama beberapa individu lain.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dekat Cheras.
"Mangsa dibawa kira-kira jam 10.12 malam ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian.
"Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mati ketika bersukan
#bola keranjang
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan