Skip to main content

Malaysia

Lelaki maut, lima ahli keluarga terselamat, kereta terbabas masuk longkang di Kampung Gajah

Sumber: JBPM Perak
Seorang lelaki maut manakala lima ahli keluarganya, termasuk empat anak mereka terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah, Ipoh, malam tadi. - Gambar JBPM Perak
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki maut manakala lima ahli keluarganya, termasuk empat anak mereka terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah, dekat sini, malam tadi. 

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Khirzee Musa, 39 disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tidak sedarkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.52 malam.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira terbabas masuk ke dalam longkang serta terdapat enam mangsa sekeluarga,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, isteri dan anak mangsa, masing-masing seorang perempuan dan tiga lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dalam keadaan selamat sebelum bomba sampai di lokasi 

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan pengusung berjaya dikeluarkan,” ujarnya

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan dan bantuan pernafasan (CPR) di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah tamat sepenuhnya 12.30 tengah malam. 

Must Watch Video

Advertisement