awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2021
22:00 MYT
Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 78.2 Lebuhraya Utara Selatan, Batu Pahat pada Ahad. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 78.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini pada Ahad.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 5 petang.
"Seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) kemudian dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Demak 125CC dan telah mengakibatkan kebakaran.
"Kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan kenderaan.
"Terdapat seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kebakaran dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan dua alat pemadam api sebelum ketibaan pihak bomba.
Katanya, mangsa yang merupakan seorang lelaki dewasa tidak dapat dikenali identitinya dan operasi tamat pada jam 5.58 petang.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki maut motosikal ditunggang terbakar
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#BBP
#AYER HITAM
#Fire Rescue Tender
#FRT
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan