awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/02/2025
09:47 MYT
Lelaki maut, motosikal kuasa tinggi terbakar dalam nahas dua kenderaan
Lelaki maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar pada Khamis. -Sinar Harian
PASIR GUDANG: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal kuasa tinggi ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar, di sini pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Aiman Murstid Muhsin, 31, maut selepas motosikal kuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Exora di Kilometer 43.1 Lebuhraya Senai-Desaru menghala ke Penawar.
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.33 pagi dan mengerahkan 22 anggota serta beberapa jentera ke tempat kejadian. Motosikal mangsa musnah 90 peratus akibat perlanggaran.
  • Pemandu Proton Exora, Yusri Ahmad Darin, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan. Operasi bomba berjaya mengawal kebakaran dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Komander Operasi Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 7.33 pagi.
"Seramai 22 anggota dari BBP Pasir Gudang dan BBP Johor Jaya dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah motosikal berkuasa tinggi telah musnah 90 peratus akibat perlanggaran dengan sebuah kereta Proton Exora," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa, Aiman Murstid Muhsin yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Sementara itu, Haizrul berkata, pemandu Proton Exora pula, Yusri Ahmad Darin, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.17 pagi," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Aiman Murstid Muhsin
#motosikal kuasa tinggi
#Yusri Ahmad Darin
#Lebuhraya Senai-Desaru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan