awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal terbabas masuk parit

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2023
00:00 MYT
Lelaki maut motosikal terbabas masuk parit
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim bagi tujuan bedah siasat. - Gambar hiasan
KULAI: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Senai-Seelong dekat sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan terbabit pada 9.10 malam
"Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram menuju ke arah Kawasan Perindustrian Senai.
"Bagaimanapun, apabila tiba ke lokasi, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit di kawasan terbabit.
"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim bagi tujuan bedah siasat sementara motosikal mangsa dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis Daerah Kulai memohon mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut Tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi terus pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Fatin (trafik) di talian 018-3649199. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Kulai
#motosikal terbabas masuk dalam parit
#Polis Daerah Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan