awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, nahas kereta, lori tangki muatan minyak sawit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/05/2025
02:10 MYT
Lelaki maut, nahas kereta, lori tangki muatan minyak sawit
Sebuah Proton Wira melanggar belakang sebuah lori tangki muatan minyak sawit dalam kejadian di Taiping awal pagi ini, mengakibatkan seorang lelaki berusia 27 tahun maut. - Foto JBPM Perak
TAIPING: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terlanggar belakang sebuah lori tangki muatan minyak sawit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, awal pagi ini.
Lelaki berusia 27 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 2.03 pagi.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang telah melanggar belakang sebuah lori tangki muatan minyak sawit.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu berusia 27 tahun tidak tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidrolik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.
Mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Mohd Mustafa Kamal Ismail tamat sepenuhnya pada jam 3.14 pagi.
Topic Berkaitan
#JBPM Perak
#Taiping
#kereta langgar belakang lori
#lori tangki muatan minyak sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami