awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut pacuan empat roda dirempuh treler

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2025
07:15 MYT
Lelaki maut pacuan empat roda dirempuh treler
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Minangkop, Tamparuli, Tuaran. -Sinar Harian
TUARAN: Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dirempuh sebuah treler dalam kejadian di Kampung Minangkop, Tamparuli, di sini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dirempuh treler di Kampung Minangkop, Tamparuli.
  • Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan trak tunda, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Operasi melibatkan sembilan anggota bomba ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 43 tahun parah akibat tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.27 pagi.
"Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu treler yang merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux lalu terlanggar tiang elektrik.
"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan daripada trak tunda dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi membabitkan seramai sembilan anggota ditamatkan jam 1.20 tengah hari," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dirempuh treler
#Kampung Minangkop
#Tamparuli
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan