JOHOR BAHRU:Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat kawannya berusia 15 tahun di hadapan hakim V. M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan memasukkan alat sulit ke dalam dubur seorang remaja.
Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira pukul 5 petang, 8 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkannya.
Bagaimanapun, hakim berkata, beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak COVID-19.
Mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana tertuduh baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.
Hakim menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta dilarang menganggu saksi dan mangsa.
Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.
Astro Awani
Sun Nov 15 2020

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Exynos 2100 bersama integrasi premium 5G, perisian tercanggih Samsung!
Peneraju teknologi semikonduktor termaju dunia, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) mengumumkan perisian telefon terbaharu dibangunkan syarikat, Exynos 2100 kepada pasaran baru-baru ini.

Mencabar nasihat kerajaan kepada Agong sama dengan mencabar Proklamasi Darurat - Exco Pemuda UMNO
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencabar Proklamasi Darurat di Mahkamah.

Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.

Niaga AWANI: Sekatan MSM oleh CBP | Apa reaksi, strategi Sime Darby Plantation?
Apakah langkah yang diambil Sime Darby Plantation selepas sekatan MSM oleh CBP pada 30 Disember lepas? Bagaimana sekatan tersebut berikan kesan kepada operasi dan pendapatan syarikat? Saksikan temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua, Kelestarian Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad, Rashyid Redza Anwarudin.

Video tular: 'Datuk' pukul pelanggan restoran dituduh esok
Lelaki bergelar 'Datuk' dan rakannya yang dipercayai memukul seorang pemuda di sebuah restoran di Persiaran Tropicana akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Agenda AWANI: Isu Keselamatan dan Keberkesanan vaksin COVID-19
Ketahui keberkesanan & keselamatan vaksin COVID-19 bersama Dr Kalairasu Pearisamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM Putrajaya yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Calon Vaksin.

Lelaki mengaku salah liwat rakan
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377a Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.