awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tak bersalah curi 15 helai pakaian dalam wanita

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
27/07/2017
10:39 MYT
Lelaki mengaku tak bersalah curi 15 helai pakaian dalam wanita
Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan. - Astro AWANI
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas tuduhan mencuri 15 helai pakaian dalam milik dua wanita.
Tertuduh, Shum Kok Fai, 28 tahun mengangguk faham ketika dua pertuduhan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan pertama, Kok Fai didakwa mencuri 14 helai pakaian dalam wanita milik mangsa berusia 19 tahun di belakang rumah sewa Taman Desa Putra, Banggol Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu jam 12 tengah hari pada 24 Julai lalu.
Kok Fai turut berdepan satu lagi pertuduhan sama apabila mencuri sehelai pakaian dalam milik seorang mangsa berusia 18 tahun di alamat, waktu dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Dalam kejadian pada Isnin, seorang lelaki yang ditahan bersama sebuah beg di sebuah rumah di taman perumahan di Manir, Kuala Terengganu membawa kepada penemuan pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.
Topic Berkaitan
#curi
#Kuala Terengganu
#Mahkamah Majistret
#pakaian dalam
#seluar dalam
#Shum Kok Fai
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan