awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2023
03:50 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol anak tiri berusia 11 tahun
Tertuduh (baju oren) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Khamis. - Astro AWANI
KUALA KANGSAR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun 3 bulan, minggu lalu.
Tertuduh, yang berumur 41 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja kampung itu didakwa merogol mangsa, yang mana kerana perhubungan, tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama atau adat atau kebiasaan, untuk berkahwin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pondok dalam kebun di kawasan Air Ganda, Gerik, kira-kira jam 3 petang, 3 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan tahun hingga 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi tertuduh memohon diberi jaminan kerana menanggung keluarga, termasuk anggota keluarga yang sakit dan lumpuh.
Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Mahkamah turut menetapkan 15 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan laporan perubatan.
Topic Berkaitan
#bapa tiri
#rogol
#Kanak-kanak
#pondok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan