awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian Muhammad Akmal

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2021
04:15 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian Muhammad Akmal
Mandave (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian pekerja kilang. -Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kematian seorang pekerja kilang di Jalan Sungai Lembing pada Isnin lalu.
K Mandave Singh, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.
Tertuduh yang beralamat di Bandar Tambun Ipoh didakwa memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dengan kadar alkohol di dalam darah melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian kepada Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22.
Mandave didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Sungai Lembing berhampiran kedai pemborong runcit Chop Seng Fong, di sini, jam 1.10 pagi pada 1 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin berserta beberapa syarat tambahan seperti perlu melaporkan diri di balai polis, penggantungan lesen dan pasport perlu diberikan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam mewakili Mandave, Farah Naz Kumar memohon ikat jamin dikurangkan susulan anak guamnya tidak bekerja.
Majistret Nor Izzati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.
Beliau juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan, menyerah pasport kepada mahkamah dan lesen memandu digantung sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai sebutan semula kes.
Pada Isnin, seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Sungai Lembing.
Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, Muhammad Akmal Hakim meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.
BACA: Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal ditahan
BACA: Keluarga mangsa pemandu mabuk tuntut pembelaan setimpal
Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan ke Kampung Padang.
Ketika di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba dirempuh MPV Toyota Avanza dari arah belakang menyebabkan mangsa terjatuh di tengah jalan.
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#Mandave Singh
#Muhammad Akmal Hakim Misnan
#Nasrul Hadi Abdul Ghani
#Jalan Sungai Lembing
#Mahkamah Majistret
#langgar lari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan