awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
Polis minta maklumat kenderaan awam guna siren, lampu biru elak kesesakan di MEX
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik

Bernama
Bernama
05/02/2026
02:50 MYT
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Murray Hunter. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Penulis blog Murray Hunter dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini merekodkan Perintah Persetujuan melalui prosiding dalam talian di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Noor Hayati Mat.
Perintah itu direkodkan dalam satu tindakan saman fitnah difailkan MCMC terhadap Hunter, susulan penerbitan kenyataan fitnah oleh individu itu terhadap MCMC melalui platform dalam taliannya.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan Perintah Persetujuan berkenaan juga sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian bertarikh 12 Jan lepas, yang dimasuki oleh kedua-dua pihak berhubung prosiding jenayah terhadap Hunter di Thailand yang juga berpunca daripada penerbitan kenyataan berunsur fitnah oleh penulis blog itu terhadap MCMC melalui platform dalam taliannya.
"Perintah Persetujuan itu dimasuki susulan permohonan maaf terbuka oleh Hunter serta penurunan penerbitan berunsur fitnah itu daripada platform dalam taliannya.
"Hunter juga telah mengesahkan semula aku janjinya dalam Perintah Persetujuan itu untuk tidak mengulangi penerbitan kenyataan fitnah berkenaan atau kandungan yang serupa mengenai MCMC dan pihak-pihak berkaitan," katanya.
MCMC memaklumkan pihaknya memandang serius kenyataan palsu dan fitnah serta akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi melindungi integritinya, dan memastikan kebertanggungjawaban berhubung penerbitan yang melulu dan tidak bertanggungjawab sedemikian.
Dalam prosiding hari ini, MCMC diwakili oleh Datuk Selva Mookiah dan Nurshafiqa Balqish Jaffri manakala Hunter mewakili dirinya sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#saman fitnah
#Murray Hunter
#tarik balik kenyataan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan