awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golden Prosperity Burger warnai Tahun Baharu 2026, McDonald’s Malaysia semarak semangat kebersamaan
TikTok perkenal GamePlan untuk peminat sukan
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah tendang muka isteri

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
29/07/2022
09:32 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah tendang muka isteri
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Norazlinda Ali, 41 tahun dengan cara menendang mukanya.- Foto Sinar Harian
AYER KEROH: Angkara cemburu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menendang muka isterinya sehingga menyebabkan kecederaan, awal bulan ini.
Tertuduh, Danial Dallas Abdullah, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan majistret Nabiha Mohd Noor.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Norazlinda Ali, 41 tahun dengan cara menendang mukanya.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 8 malam di sebuah rumah di Taman Kesidang, dalam daerah Melaka Tengah pada 4 Julai lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000.
Mahkamah | Lelaki didakwa tendang muka isteri
Difahamkan tertuduh yang telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun melakukan perbuatan itu selepas mendakwa isterinya yang bekerja di sebuah kedai makan menjalinkan hubungan sulit.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 dikenakan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan dengan alasan perlu menanggung dua orang anak dengan gaji bulanan RM1,200.
Selepas mendengar rayuan kedua pihak mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#tendang isteri
#Mahkamah Majistret
#kecederaan di muka
#pukul isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan